Saturday 10 December 2011

Perkembangan Corak Petempatan Manusia

youtube.com Sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula mendiami gua sebagai tempat berlindung daripada ancaman cuaca buruk, binatang buas dan memudahkan bercucuk tanam.  Akibat perubahan zaman, manusia telah mempelbagaikan jenis penempatan mereka.  Disamping itu, faktor luaran juga telah menyumbangkan kepada reka bentuk dan jenis rumah di negara kita.
Kita perlu menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan menjadikan rumah sebagai  Rumahku Syurgaku.


kata-kata pujangga
Kita dilahirkan dengan dua buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.


Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya.  Rumah tradiotional biasanya dibina di kampung atau pedalaman.

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden  dibina menggunakan batu bata, simen, besi, dan kaca.  Ia dibina di kawasan bandar-bandar besar atau pinggir bandar


Contoh-contoh rumah tradisional

                        

Rumah kutai (Perak)




Rumah limas (Johor)




 Rumah Minangkabau (Negeri Sembilan)



Rumah Melaka (Melaka)



Rumah Bajau (Sabah)



Rumah Panjang (Sarawak)

Contoh-contoh rumah moden

 
Rumah banglo
  
 
Rumah teres 


Rumah Pangsapuri



Kondominium